Tuesday, August 4, 2009

05 OGOS 2009

Salam semua...wah..dh lama sangat tak jenguk ke blog...bukan tak ingat tapi tak sempat..sejak dapat kerja baru ni, baru hari ni la yang berkesempatan nak menulis balik..apepun just nak kongsi kegembiraan dengan semua pembaca dan penulis blog atas kejayaanku pulang semula ke negeri kesayangan ni..mana lagi kalau bukan MELAKA. Setelah bertungkus lumus berusaha,merayu, meraih simpati akhirnya doaku dimakbulkan..seronok rasa dapat berkumpul balik dengan famili walaupun bukan nye lama tinggalkan melaka...10hari je..tu pun weekend balik....hehehe..takpe la,at least ade jgk pengalaman bekerja luar dari kawasan sendiri kan?

Bila diingat-ingatkan balik macam kelakar pulak...rasa macam budak sekolah nk masuk asrama...siap menangis2 dalam bas,padahal amin n hubby biasa je..kita je yang lebih-lebih..hehehe...itulah dikatakan anugerah ALLAH..setiap wanita dikurniakan sifat yang lembut hati, cepat sensitif dan sangat penyayang walaupun benda yang terjadi tu hanyalah perkara kecil je..mudah menangis pada benda yang tak patut ditangisi...Lumrah Alam...

Setiap perkara yang Allah tentukan pasti ade hikmah yang kita tak tahu..contohnya aku sendiri, rasa macam tak adil dan tak masuk akal bila dapat surat lapor diri dan diarahkan berkursus ke Kedah selama seminggu sedangkan kalau difikirkan balik boleh je pihak JPA buat kursus tu kat KL,tp disebabkan kursus tu la kita dapat berkenalan, berkongsi rasa dengan kawan yang sebelum ni kita tak pernah kenal..Allah Maha Mengetahui setiap keputusan yang telah ditetapkan untuk umatNya. Kalau sebelum pergi tu aku risaukan anakku yang tak dapat breastfeed, alhamdulillah dengan gerak Allah adikku balik ke kampung dan dapat susukan Raudhah yang kini telah pun menjadi anak susuan dia...setinggi2 kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi. Macam manapun, balik dari Kedah aku terpaksa pulak melaporkan diri di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya setelah dapat surat penempatan pada hari terakhir kursus di Kedah. Satu lagi masalah yang perlu difikirkan..kat mana aku nak duduk sepanjang berada di Putrajaya..sekali lagi Allah memberi jalan kepadaku..abang iparku yang tinggal di Semenyih menawarkan untuk aku menumpang di rumah dia..Dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih pada abang ipar sekeluarga kerana sudi menumpangkan kubermalam dirumahnya.(terima kasih banyak ye abang elas and kak thira)

Sekarang segala penat lelah ku telah terbayar dengan penempatan akhir di SPRM Melaka.Hari ni genap 10 hari aku ditempatkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Melaka...setelah berhempas pulas aku di Putrajaya membuat rayuan mohon ditempatkan tempat bertugas di Melaka dan akhirnya aku ditempatkan di bahagian yang memerlukan integriti yang tinggi..(cewah..ayat buku..hehehe)..aku tak perlu lagi risaukan anak2 dan suami yang duduk jauh ataupun tempat tinggal sebab semua nya dah ade depan mata....Alhamdulillah..setinggi2 kesyukuran aku panjatkan kepada ALLAH YANG MAHA MENDENGAR...Amin.. Sesungguhnya ALLAH memakbulkan doa umatnya yang dipohon dengan penuh rasa rendah diri..


p/s Seronok dapat keje kat tempat baru ni.... :)

3 comments:

Fizah said...

alhamdulillah..sonok dgr ko hepi :D takdelaa amin demam rindu lagi hehe

aisyah said...

time kacih...ko bl nk blk...?x sambut Ramadhan kat umah ke...?kan ko x raya melaka thn ni...

Fizah said...

weh, aku nk gi tioman esok nih~ ehe..ku tepon umi tak berangkat, nti mlm aku tepon lagi..

ramadhan? tgk keadaan..insyaAllah kalu takde aral mmg kupulang ke kmpung halaman..:D