Tuesday, August 25, 2009

Amir Yusuf

Tiba-tiba aku teringat akan nama tu..Nama tu membuat hatiku sering berasa sayu dan sedih..walaupun aku tak kenal empunya nama yang sangat indah tu hati tetap berasa dekat dengan dia...Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh nya...sesungguh Allah akan menempatkan nya di kalangan orang2 yang soleh dan pasti akan menunggu kehadiran ibu dan ayahnya dengan senyuman yang indah...

Tahun 2008, secara tiba-tiba aku terbaca kisah adik Amir Yusuf di blog ayahnya http://www.fajaril.net/blog/..walaupun baru pertama kali membaca kisah nya,aku berasa sangat dekat dengan keluarga mereka..Setiap kali membaca coretan ayah Amir Yusuf, hatiku pasti berasa sedih..seolah-olah aku berada di tempat dia merasai keperitan untuk berdepan dengan kenyataan...air mataku pasti akan bergenang bila mengenangkan ketabahan ayah dan ibu Amir Yusof dalam menghadapi dugaan dari Yang Maha Esa...Kuakui,janganlah aku diuji sebagaimana mereka..sesungguhnya aku rasa tidak mampu untuk menerima ujian seberat mereka....kalau diizinkan ibu dan ayah Amir Yusof ingin aku jadikannya sebagai anak angkatku walaupun aku tahu jasadnya tiada lagi di sini....Terbit kasih sayang di kejauhan walau tidak pernah bersua....Hati ku sayu bila terlihat gambar Amir Yusuf yang dipenuhi wayar..tidak dapat kubayangkan kesakitan yang ditanggung oleh anak sekecilnya...sedangkan anakku sendiri dicucuk untuk injection aku tidak sanggup hadapi inikan bermacam-macam wayar yang perlu disambung bagi memastikan segala dalam keadaan terkawal...Saat ini aku menitis air mata menangisi insan yang tak pernah aku kenal..hanya mampu berdoa...Sesungguhnya Amir Yusuf satu dalam sejuta...

*********************

Mendakap Kehilangan..

Inilah kehilangan yang kita dakap
moga bisa kita mengutip setiap inci kehangatan
setiap zarah kekuatan
moga hari mendatang menghamparkan ketenangan
di antaranya membuka mata dan kalbu
hakikat alam dan hidup yang penuh sementara
moga ini menjadi jendela
membolehkan kita melihat keluar dari biasa
yang abadi, yang hakiki
satu perjalanan yang kita semua tujui
satu noktah yang abadi.

*Dipetik dari http://www.fajaril.net

********************

Saat aku menulis coretan ini,aku masih lagi membaca kisah keluarga Amir Yusuf..Aku masih lagi membaca kisah perjuangan insan bernama Amir Yusuf...Aku tak dapat menghilang rasa sedih ku saat ini....sebolehnya aku tak mahu menangisi pemergian yang sudah berbulan lamanya tapi airmata tetap mengalir..aku tak pasti kenapa aku terasa begitu kehilangan..mungkin kerana aku membayangkan Amir Yusuf itu adalah anakku sendiri...


"Ya Allah,aku memohon dengan setulus hati..berikan lah kekuatan kepada ibu dan ayah Amir Yusuf dalam menghadapi cabaran dan dugaan Mu Ya Allah...berikan lah kesabaran yang tinggi kepada mereka menempuh hari yang mendatang...aku juga mohon pada Mu Ya Allah..berikan lah nikmat sihat kepada kedua2 puteraku..biar dapat ku ceritakan betapa terdapat seorang manusia bernama Amir Yusuf yang sangat tinggi daya juang nye...Amin Ya Rabbal Alamin..."

*Alfatihah buat Amir Yusuf*

Monday, August 10, 2009

Adik Amin...Raudhah

BIRTHDAY BOY - 08/08/2009 -

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

Happy Birthday Sayang....

08.08.09 hari tu birthday my 1st son yang ke-2..Happy Birthday Amin...Semoga Allah melimpahkan rezeki seluas langit buat anakku...Tapi sian dia..ibu belum dapat belikan amin ape2...nenek je belanja makan..tapi bukan amin yang makan..ibu and ayah dia je tukang melantak...(hehehe..bahasa org melaka).Anak2 ibu dua2 dah lelapkan mata...dengan lenanya....Tapi sempat gak bawak amin gi jalan2 walaupun tak dapat nk celebrate dengan kek...we all bawak dia g Masjid Selat...seronok tgk dia main lari2 kat perkarangan masjid...sambil lari dia cakap "ibu...lalut"..maksud dia "ibu...laut"..hehe...

Itu perihal abang..perihal adiknye pulak...Raudhah sekarang dah pandai meniarap walaupun baru 3 bulan...(abang dia dulu lambat gak nk meniarap)tp tu la,bila dah meniarap ngamuk lak nk terlentang balik..hehe..kelakar je....n satu lagi dia cukup suka ketawa sekarang..pantang diagah, terkekek2 gelak..nak2 klu abang dia yang usik...seronok tengok bila anak2 kita dah membesar dan ade karakter masing-masing....hilang rasa penat masa mengandung and rasa sakit masa nk melahirkan....Harap2 diorang akan jadi manusia yang berguna dan pandai berbakti pada ibu bapa...Amin Ya Rabbal 'Alamin

Tuesday, August 4, 2009

05 OGOS 2009

Salam semua...wah..dh lama sangat tak jenguk ke blog...bukan tak ingat tapi tak sempat..sejak dapat kerja baru ni, baru hari ni la yang berkesempatan nak menulis balik..apepun just nak kongsi kegembiraan dengan semua pembaca dan penulis blog atas kejayaanku pulang semula ke negeri kesayangan ni..mana lagi kalau bukan MELAKA. Setelah bertungkus lumus berusaha,merayu, meraih simpati akhirnya doaku dimakbulkan..seronok rasa dapat berkumpul balik dengan famili walaupun bukan nye lama tinggalkan melaka...10hari je..tu pun weekend balik....hehehe..takpe la,at least ade jgk pengalaman bekerja luar dari kawasan sendiri kan?

Bila diingat-ingatkan balik macam kelakar pulak...rasa macam budak sekolah nk masuk asrama...siap menangis2 dalam bas,padahal amin n hubby biasa je..kita je yang lebih-lebih..hehehe...itulah dikatakan anugerah ALLAH..setiap wanita dikurniakan sifat yang lembut hati, cepat sensitif dan sangat penyayang walaupun benda yang terjadi tu hanyalah perkara kecil je..mudah menangis pada benda yang tak patut ditangisi...Lumrah Alam...

Setiap perkara yang Allah tentukan pasti ade hikmah yang kita tak tahu..contohnya aku sendiri, rasa macam tak adil dan tak masuk akal bila dapat surat lapor diri dan diarahkan berkursus ke Kedah selama seminggu sedangkan kalau difikirkan balik boleh je pihak JPA buat kursus tu kat KL,tp disebabkan kursus tu la kita dapat berkenalan, berkongsi rasa dengan kawan yang sebelum ni kita tak pernah kenal..Allah Maha Mengetahui setiap keputusan yang telah ditetapkan untuk umatNya. Kalau sebelum pergi tu aku risaukan anakku yang tak dapat breastfeed, alhamdulillah dengan gerak Allah adikku balik ke kampung dan dapat susukan Raudhah yang kini telah pun menjadi anak susuan dia...setinggi2 kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi. Macam manapun, balik dari Kedah aku terpaksa pulak melaporkan diri di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya setelah dapat surat penempatan pada hari terakhir kursus di Kedah. Satu lagi masalah yang perlu difikirkan..kat mana aku nak duduk sepanjang berada di Putrajaya..sekali lagi Allah memberi jalan kepadaku..abang iparku yang tinggal di Semenyih menawarkan untuk aku menumpang di rumah dia..Dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih pada abang ipar sekeluarga kerana sudi menumpangkan kubermalam dirumahnya.(terima kasih banyak ye abang elas and kak thira)

Sekarang segala penat lelah ku telah terbayar dengan penempatan akhir di SPRM Melaka.Hari ni genap 10 hari aku ditempatkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Melaka...setelah berhempas pulas aku di Putrajaya membuat rayuan mohon ditempatkan tempat bertugas di Melaka dan akhirnya aku ditempatkan di bahagian yang memerlukan integriti yang tinggi..(cewah..ayat buku..hehehe)..aku tak perlu lagi risaukan anak2 dan suami yang duduk jauh ataupun tempat tinggal sebab semua nya dah ade depan mata....Alhamdulillah..setinggi2 kesyukuran aku panjatkan kepada ALLAH YANG MAHA MENDENGAR...Amin.. Sesungguhnya ALLAH memakbulkan doa umatnya yang dipohon dengan penuh rasa rendah diri..


p/s Seronok dapat keje kat tempat baru ni.... :)