Tuesday, June 30, 2009

risau yang x hilang :(

Hati ku rasa sangat2 tak tenteram memikirkan yang aku akan berangkat Kedah. Kesian anak2ku yang comel2 dan masih kecil tu...terpaksa ku tinggalkan dengan nenek diorang yang x berapa sihat tu.Nak ke Kedah tu mengambil masa dalam 10jam..6 hari plak tu..Ya Allah..Tabahkan la hati hamba Mu ini.

Setelah sekian lama aku menunggu, akhirnya kesabaran ku berbayar. Lepas selamat melahirkan Raudhah, aku diberi satu lagi berita yang menggembirakan - ditawarkan ke jawatan tetap - rasa macam nak melompat2 je..nasib baik aku dalam pantang. Cuma ada sedikit kerisauan di sebalik kegembiraan tu - aku akan ditugaskan di luar kawasan Melaka iaitu PUTRAJAYA / KUALA LUMPUR dan perlu menghadiri kursus pra penempatan di Kedah.

Aku hanya mampu bermohon dan berdoa kepada Allah Yang Maha Pengasih, moga aku akan ditempatkan di sekitar Melaka.Moga terdapatlah kekosongan jawatan di Jabatan Persekutuan Negeri Melaka. Sesungguhnya aku ini anak jati Melaka. :) Tak sanggup nak keluar dari negeri kesayangan ni..hehe. Yang betulnya aku taknak berjauhan dengan anak2 ku. Pasti insan2 yang bertuah menerima gelaran ibu faham perasaan yang sedang berperang dalam hati ku.

Macam mana lah keadaan ku di Kedah nanti....

No comments: