Sunday, June 28, 2009

29 Jun 2009 - Back 2 Work!!!!

Hari ni 1st day keje selepas tamat nye tempoh berpantang.,hehe.Dah lama cuti rasa malas nk naik kerja tapi ape boleh buat, tanggungjawab wajib ditunaikan. Buat pertama kali,Raudhah terpaksa ditinggalkan di bawah jagaan nenek nya setelah 2 bulan bersama ku.Berat rasa hati nak tinggalkan memandangkan dia masih kecil dan paling penting dia masih menyusu badan. Alahai kesian anak ku itu.. Sabar ye sayang..

Hari ni satu lagi dugaan perlu aku hadapi tika menghantar Amin ke Taska. Kesian tengok dia menangis masa nak tinggalkan dia kat situ...tp nk buat camne kan,aku terpaksa.Dia pun dah lama cuti,tu yang rasa takut nak ke sekolah...

Kalau diikutkan naluri keibuan ku ini pasti hari ni aku dah hantar resign letter,duduk rumah jadi suri rumah sepenuh masa..boleh mengasuh anak2 n tengok diorang membesar depan mata tapi semua tu x mungkin terjadi.Aku terpaksa berkorban demi memenuhi keperluan hidup yang kini semakin hari semakin mendesak...Dengan keadaan ekonomi sekarang yang x begitu memberangsangkan x memungkin aku berhenti kerja dalam masa yang terdekat ni.

Aku hanya mampu berdoa semoga Allah mempermudahkan urusanku sekeluarga dan memelihara keluarga serta anak2 ku dari kejahatan dunia...Amin Ya Rabbal Alamin..

2 comments:

angah said...

amin ya rabbal alamin..

kak, kalu takde mslh, ku tlg bg susu perah kat raudhah..tp ko cuba perah gaks..lama2 mesti blh..caiyok2!!

p/s aaaa..aku nk jadik housewife sepenuh masa gaksss....

fizah said...

http://siocakecil.blogspot.com/2009/01/bersin-menguap.html

kak, saja nak ko tgk aku post gmbr amin kat blogku..masa tu budak berdua ini blm lahir lg :p