Monday, August 10, 2009

Adik Amin...Raudhah

BIRTHDAY BOY - 08/08/2009 -

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com

Happy Birthday Sayang....

08.08.09 hari tu birthday my 1st son yang ke-2..Happy Birthday Amin...Semoga Allah melimpahkan rezeki seluas langit buat anakku...Tapi sian dia..ibu belum dapat belikan amin ape2...nenek je belanja makan..tapi bukan amin yang makan..ibu and ayah dia je tukang melantak...(hehehe..bahasa org melaka).Anak2 ibu dua2 dah lelapkan mata...dengan lenanya....Tapi sempat gak bawak amin gi jalan2 walaupun tak dapat nk celebrate dengan kek...we all bawak dia g Masjid Selat...seronok tgk dia main lari2 kat perkarangan masjid...sambil lari dia cakap "ibu...lalut"..maksud dia "ibu...laut"..hehe...

Itu perihal abang..perihal adiknye pulak...Raudhah sekarang dah pandai meniarap walaupun baru 3 bulan...(abang dia dulu lambat gak nk meniarap)tp tu la,bila dah meniarap ngamuk lak nk terlentang balik..hehe..kelakar je....n satu lagi dia cukup suka ketawa sekarang..pantang diagah, terkekek2 gelak..nak2 klu abang dia yang usik...seronok tengok bila anak2 kita dah membesar dan ade karakter masing-masing....hilang rasa penat masa mengandung and rasa sakit masa nk melahirkan....Harap2 diorang akan jadi manusia yang berguna dan pandai berbakti pada ibu bapa...Amin Ya Rabbal 'Alamin

Tuesday, August 4, 2009

05 OGOS 2009

Salam semua...wah..dh lama sangat tak jenguk ke blog...bukan tak ingat tapi tak sempat..sejak dapat kerja baru ni, baru hari ni la yang berkesempatan nak menulis balik..apepun just nak kongsi kegembiraan dengan semua pembaca dan penulis blog atas kejayaanku pulang semula ke negeri kesayangan ni..mana lagi kalau bukan MELAKA. Setelah bertungkus lumus berusaha,merayu, meraih simpati akhirnya doaku dimakbulkan..seronok rasa dapat berkumpul balik dengan famili walaupun bukan nye lama tinggalkan melaka...10hari je..tu pun weekend balik....hehehe..takpe la,at least ade jgk pengalaman bekerja luar dari kawasan sendiri kan?

Bila diingat-ingatkan balik macam kelakar pulak...rasa macam budak sekolah nk masuk asrama...siap menangis2 dalam bas,padahal amin n hubby biasa je..kita je yang lebih-lebih..hehehe...itulah dikatakan anugerah ALLAH..setiap wanita dikurniakan sifat yang lembut hati, cepat sensitif dan sangat penyayang walaupun benda yang terjadi tu hanyalah perkara kecil je..mudah menangis pada benda yang tak patut ditangisi...Lumrah Alam...

Setiap perkara yang Allah tentukan pasti ade hikmah yang kita tak tahu..contohnya aku sendiri, rasa macam tak adil dan tak masuk akal bila dapat surat lapor diri dan diarahkan berkursus ke Kedah selama seminggu sedangkan kalau difikirkan balik boleh je pihak JPA buat kursus tu kat KL,tp disebabkan kursus tu la kita dapat berkenalan, berkongsi rasa dengan kawan yang sebelum ni kita tak pernah kenal..Allah Maha Mengetahui setiap keputusan yang telah ditetapkan untuk umatNya. Kalau sebelum pergi tu aku risaukan anakku yang tak dapat breastfeed, alhamdulillah dengan gerak Allah adikku balik ke kampung dan dapat susukan Raudhah yang kini telah pun menjadi anak susuan dia...setinggi2 kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi. Macam manapun, balik dari Kedah aku terpaksa pulak melaporkan diri di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya setelah dapat surat penempatan pada hari terakhir kursus di Kedah. Satu lagi masalah yang perlu difikirkan..kat mana aku nak duduk sepanjang berada di Putrajaya..sekali lagi Allah memberi jalan kepadaku..abang iparku yang tinggal di Semenyih menawarkan untuk aku menumpang di rumah dia..Dikesempatan ni aku nak ucapkan terima kasih pada abang ipar sekeluarga kerana sudi menumpangkan kubermalam dirumahnya.(terima kasih banyak ye abang elas and kak thira)

Sekarang segala penat lelah ku telah terbayar dengan penempatan akhir di SPRM Melaka.Hari ni genap 10 hari aku ditempatkan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Cawangan Melaka...setelah berhempas pulas aku di Putrajaya membuat rayuan mohon ditempatkan tempat bertugas di Melaka dan akhirnya aku ditempatkan di bahagian yang memerlukan integriti yang tinggi..(cewah..ayat buku..hehehe)..aku tak perlu lagi risaukan anak2 dan suami yang duduk jauh ataupun tempat tinggal sebab semua nya dah ade depan mata....Alhamdulillah..setinggi2 kesyukuran aku panjatkan kepada ALLAH YANG MAHA MENDENGAR...Amin.. Sesungguhnya ALLAH memakbulkan doa umatnya yang dipohon dengan penuh rasa rendah diri..


p/s Seronok dapat keje kat tempat baru ni.... :)

Monday, July 6, 2009

Menghitung Hari

Tinggal 3 hari je lagi aku aku akan keluar dari Jabatan yang mula2 menerima aku bekerja - Jabatan Ketua Menteri Melaka - macam2 perasaan yang timbul.Rasa sedih,happy,takut,yg paling penting rasa syukur...

Banyak pengalaman yang aku dapat sepanjang aku bekerja di bawah Jabatan yang diterajui oleh orang besar Melaka - YAB CM - semoga pengalaman yang aku dapat ni boleh membantu aku menimba lebih banyak pengalaman di tempat baru. Tapi biasa la, setiap pertemuan pasti akan ade perpisahan, samada hidup atau mati.Sebolehnya aku xnk melalui ape2 perpisahan pun tp segalanya ditentukan oleh-Nya,perpisahan yang akan aku hadapi ni hanya la perpisahan antara insan yang telah banyak berkongsi ilmu dengan ku.Biar pun aku terasa amat sedih, akan aku hadapi dengan tenang.Aku hanya berharap agar kehadiran aku di sini tak dilupakan..

Hari Jumaat, 10 Julai 2009 adalah hari terakhir aku di JKMM..dengan berkatnya hari Jumaat Penghulu setiap hari aku bermohon moga rezeki dilimpahkan dengan penuh rahmat dari Allah S.W.T...Amin

p/s kak pza,kak liza,kak siti,kak aton...terima kasih atas segalanya.asya sayang kakak2 semua.